Biografi
Ibnu Sina Pada zaman keemasan peradaban Islam banyak sekali para filsuf,
ilmuwan, dan insinyur di Dunia Islam yang menghasilkan banyak kontribusi
terhadap perkembangan teknologi dan kebudayaan, baik dengan menjaga tradisi
yang telah ada ataupun dengan menambahkan penemuan dan inovasi mereka sendiri.
Beberapa tokoh yang hidup di masa tersebut sudah pernah kita bahas kisah dan
biografinya seperti Al Razi, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun, dan yang lainnya. Kali
ini kita akan membahas tokoh lainnya yang merupakan seorang filsuf, ilmuwan,
doktor dan penulis aktif yang juga lahir di jaman keemasan Peradaban Islam.
BIODATA / RIWAYAT HIDUP
Nama: al- Huseyn bin Abdullah bin
al-Hassan Bin Ali bin Sina
Dikenali dibarat: Avicenna
Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi
Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan
Bangsa: Parsi
Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan
Usia ketika wafat: 57/58 tahun
IBNU SINA SEMASA KECIL
Ibnu
Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika
berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab,
geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah
menguasai ilmu perubatan.
SIFAT PERIBADI IBNU SINA
1 1) Tekun mempelajari ilmu
Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang
dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali.
2)
Taat beragama
Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila
beliau menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu.
Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.
3) Pintar
Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak
berusia 18 tahun.
4)
Berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan
karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
- Karya dalam Perubatan
Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan
seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’,
dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam
pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan
Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan
perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran
daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Buku al Qanun fil Tabib telah
diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa
Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard
Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina
ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti
Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16
kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi
(Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak
21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga
digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis
seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang
menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof.
Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia
Kedoktoran”.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah
dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan
sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan
sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan
digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang
perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University,
Germany, University of Paris, dan Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga
turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga
mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan
luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang
sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan
mendalam.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang
diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak
perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan
berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.
Pencapaian Dalam Bidang Perubatan
Penemuan penyakit baru dan puncanya
· pengaruh
kuman dalam penyakit
· jangkitan
virus seperti TB
· Penyakit
Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.
Penemuan dalam bidang farmasi
· menghasilkan
ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit
· menghasilkan
ubat bius
· membangunkan
teknologi perubatan
· mencipta
benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan
· mencipta
picagari
Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan
· memperkenalkan
metode pemerhatian (observation) dan analisis
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.
Bidang Geografi
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang
mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari
gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah
membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau
teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani
sejak dari Aristotles
Bidang Geologi, Kimia
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia
memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu
Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi
sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang
bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah
menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang
lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu
Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:
1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)
3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan