Perubatan Islam muncul
selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya berkembang sepanjang abad
– abad ketamadunan Islam itu sendiri. Kategori perubatan ini dikenali juga
sebagai "Perubatan Arab" . Perubatan ini sebenarnya berkembang di
bawah naungan ketamadunan Islam dan merupakan bahagian yang penting dalam
sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan empayar Islam pada abad ke 8M –11M )
dan perubatan ini juga turut malap ketika matahari tamadun Islam mula terbenam
dan luput dari alam ini. Sebelum kedatangan islam orang - orang Arab tidak
mempunyai bidang perubatannya sendiri. Apabila mereka disatukan di bawah
pemerintahan Islam mereka telah menjadi kuat . Kuasa Islam terus bertapak di
tebing Sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucacus, keseluruh Afrika Utara
dan Sepanyol Selatan. Baghdad telah menjadi pusat pengajian yang cemerlang.
Selepas itu pula akademik – akademik mula di tubuh di Samarkand ,Isfahan , dan
Damsyik Kurikulumnya terdiri daripada semua displin sains dan falsafah ajaran
keagamaan serta sains perubatan . Buku – buku yang digunakan untuk pengajian
perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani . Pada tahun 765M ,
Khalifah Harun Al Rasyid ( 763 –809M ) mula menubuh dan mengembangkan pusat
pengajian di Baghdad . Doktor –doktor mazhab Nestorian dan Sabaen ( pemuja
bintang ,ahli falak , dan matematik di Harran Mesopotamia ) diterima dengan
toleransi oleh Islam dan mereka merterjemah buku – buku teks perubatan
terutamanya karya Galen. Kecenderungan umat Islam terhadap ilmu perubatan telah
mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan berasaskan pengenalan
yang tepat tentang gejala – gejala "disisi pesakit" Dengan ini ilmu
perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran
Hippocrates yang berasaskan bahawa pengalaman dan logik itu jauh lebih penting
dari apa yang terdapat sebelumnya melalui cara dogmatik dan spekulasi.
Perkembangan ilmu
perubatan dalam tamadun Islam terbahagi kepada 3 zaman yang penting, iaitu
zaman penterjemahan, zaman keemasan atau kegemilangan dan zaman kemerosotan.
Pada zaman kemerosotan, negara-negara Eropah mula menyerang negara-negara
Islam.
Zaman
Penterjemahan
Penterjemahan pada ketika ini sangat penting. Ia merupakan asas perkembangan ilmu perubatan dan lain-lain. Hasil daripada penterjemahan akan dipelajari dengan mudah. Buku-buku dalam bahasa asing akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Kebanyakkan dilakukan di pusat pengajian tinggi perubatan kedoktoran. Ia berkembang dengan pesat sekali kerana mendapt galakan daripada beberapa khalifah pada ketika itu. Antaranya khalifah Al Mansur (754-775 M), al Hadi(775-786) dan Harun al Rashid. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penterjemahan ialah Jabir, Hunayn, Thabit dan al Kindi.
Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)
Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat yang lahir pada abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan Eropah dan Asia Kecil hingga abad ke 14. Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku, malangnya hanya terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah. Antara karyanya yang sering dirujuk ialah:
a)Book of the seventy(disertasi)
b)Book of the composition of alchemy
c)Book of sun perfection
d)kitab al-Rahmah
e)Kitab tajmik
f)Book of eastern Mercury
Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy (disertasi), Book of the composition of alchemy dan Book of sun perfection telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan telah menulis secara saintifik tentang tindak balas penurunan (reduction) serta pengkalsinan (calcinations). Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni
yang masih digunakan hingga ke hari ini.
Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)
Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang terkenal. Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di Hirah(Iraq). Beliau telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan beliau dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh Khalifah al-Ma’mun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip Yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat menterjemahkan buku Meteria Medica, Aphorisma, Seven Books dan Synopsis yang masing-maisng ditulis oleh Dioscorides, Hippocrates, Paul A.Egina dan Oribasius. Beliau sendiri juga telah menulis 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan (questions of medicine) yang sesuai dijadikan kajian oleh penuntut oftalmologi dan perubatan.
Thabit Ibnu Qurah(838-901M)
Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahlimatematik, astronomi, dan perubatan. Beliau telah menterjemah buku dalam bahasa Yunani dan Siriak kepada bahasa Arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen. Selain daripada terjemahan, beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu perubatan Yunani ke dalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan buku ini menyentuh tentang kebersihan, penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan measel, fraktur, dislokasi dan diet(pemakanan).
Abu Yusof Ibnu Ishaq
al-Kindi(809-873M)
Beliau terkenal di Eropah dengan galaran al-Kindi. Beliau anak seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah (809M). Beliau memperolehi pendidikan di Basrah dan selepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan serta guru diraja semasa pemerintahan al-Ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya meliputi pelbagai aspek bidang ilmu, dengan ini, bolehlah dikatakan beliau adalah seorang cedikiawan yang serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku. Antara bidang yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik, psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi. Tetapi kebanyakannya dipercayai telah hilang dan musnah akibat daripada serangan monggol. Karya al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh (1966M). Antara karya beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin ialah The Books of Optics yang telah mempengaruhiRoger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telahmenggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .
Zaman kegemilangan
Pada zaman ini berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat dan lahirnya teori-teori baru hasil penyelidikan dan pengkajian ilmu dengan cara terpeinci dan saintifik.Karya ahli perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya. Antara tokoh perubatan Islam pada zaman ini ialah Al-Razi, Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ali Ibnu Abas, dan Al-Haytham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan