LATARBELAKANG IBNU SINA
IBNU SINA yang lebih
dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al-
Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang
berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa
Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman
kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak
formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10
tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18
tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”. Disamping itu, Ibnu Sina jiga
telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu
agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan
sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya,
ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib
ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya
termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik,
syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada
usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang
pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan
yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang
pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat
dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul “Essai de Bibliographie
Avicenna” yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang
terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal
iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan
analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam
semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga
kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu
bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam
setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan)
mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia,
sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang
badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut
sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem
pembuangan.
Sementara itu “Canon of Medicine” memuatkan pernyataan
yang tegas bahawa “darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran
dan tak pernah berhenti” . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu
penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara
urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies).
Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan
siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan
secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.
Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam
kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit-Tibb (Peraturan
Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan
perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran
daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun
Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah
menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan
utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak
) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam
bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini
dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga
digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis.
Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah
menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof.
Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia
Kedoktoran”.
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina
sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan
Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India
dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai
penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan
dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku
tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping
hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan
anatomi Ibnu Sina yang luas.
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai “Medicorum
Principal” atau “Raja Diraja Doktor” oleh kaum Latin Skolastik.
Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai “Raja Ubat”.
Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai “Zenith“, puncak tertinggi
dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi “Doktor Di Raja” iaitu doktor kepada
Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau
berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak
ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan
Ibnu Sina baginda kembali pulih.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham
terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara
sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.
Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana
sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah.
Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana
gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles
sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina “ gunung-ganang yang
memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari
kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa
dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat
proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah.”
Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak
dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina
mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber
geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan
yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa
benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam
terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu
kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia
Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada
:
- Bidang
logika “Isaguji“, “The Isagoge“, ilmu logika Isagoge.
- Fi
Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the
Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu
rasional.
- Bidang
metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)
- Bidang
psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang
kebahagiaan jiwa.
- Fiad-Din
yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi “Liber de
Mineralibus” yakni tentang pemilikan (mimeral).
- Bidang
sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang
sebab-sebab terjadinya huruf.
- Bidang
syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
- Cerita-cerita
roman fiktif , “Risalah ath-Thayr” cerita seekor burung.
- Bidang
politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.
Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat
beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomatics “psychosomatic medicine”. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis
melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa
detik sahaja ketidak – seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui
denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim)
di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.
Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di
Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung
di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai . Ini merangkumi;
- Kuat
atau denyutan yang lemah.
- Masa
antara denyutan.
- Kandungannya
lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim
mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si
pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.
Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada
kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara
berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama
dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse)
apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti ,
seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan ,
nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina “Jika
anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan
kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah”. (Terjemahan)
Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama
mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah
suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan
dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul
darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas
jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal
hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang “Ilmu
Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam
bahasa Parsi. “Qanun Fitt Tibb” adalah karyanya yang termasyur , paling
selalu dicetak di Eropah pada zaman “Renaissance“. Karya Qanun itu telah
mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman
Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti
Eropah hingga ke abad 17 M.
Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan, dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428
H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari
kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah
dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya , dan di
sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau
di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor Islam yang lain. Hal ini
menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di
tanah perkuburan di mana “zeninth” itu dimakamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan