Khamis, 24 Mac 2016

SUMBANGAN ISLAM TERHADAP DUNIA PERUBATAN

SUMBANGAN ISLAM TERHADAP DUNIA PERUBATAN

Pengenalan Perubatan :

Ketamadunan termasuk perubatan bermula sejak ribuan tahun yang lalu. Ia berpindah daripada satu generasi ke satu generasi dan daripada satu negara ke satu negara yang lain.Bergantung kepada siapa yang mengambil tanggungjawab murni ini yang kadang-kadang menyerlah dan ada masanya ia hampir malap tetapi ia tidak pernah mati.

Ia sinonim dengan kehidupan manusia kerana Allah menjadikan manusia dengan sifat yang lemah, ada masanya sihat dan ada kalanya sakit.Umat Islam telah memberikan sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang terutama daripada sudut intelektualisme serta sains dan teknologi ketika masyarakat dunia.

Islam adalah cara hidup yang bersifat syumul dan bukannya fahaman agama yang sempit sentiasa menyarankan umatnya membina kehidupan yang sejahtera, selesa dan sihat selain daripada menyediakan asas, falsafah dan hukum yang berkaitan dengan kesihatan, penjagaan kesihatan dan pemakanan.

Sejarah Perubatan Islam Bermula dengan kaedah pengubatan sejak zaman Rasulullah dikenali sebagai perihal pengubatan nabi (Tib An-Nabawi), bidang perubatan berkembang melalui beberapa tahap dan peringkat zaman iaitu zaman penterjemahan pada kurun ke-7 dan ke-8, zaman keemasan sekitar antara kurun ke-9 hingga kurun ke-13 dan zaman kemerosotan apabila perubatan dan cabang sains yang lain menjadi tidak giat dan menurun selepas kurun ke-13

 Zaman penterjemahan membabitkan buku-buku perubatan dalam bahasa asing diterjemahkan ke bahasa Arab. Pemerintah Islam seperti Khalifah Al-Makmun Al-Abassi begitu komited dengan usaha penterjemahan dengan membayar emas kepada penterjemah berdasarkan berat timbangan teks penterjemahan.
Di antara penterjemah awal terkemuka ialah :

        I.            Jurjis Ibn Bakhtisliu, cucu lelakinya Jibril
      II.             Yuhanna Ibn Masawaya dan Hunain Ibn Ishak
    III.            Jabir Hayyan,Thabit Qurrah dan Abu Yusuf Al-Kindi

 Kemudian, muncullah tokoh-tokoh perubatan Islam terbilang dalam aftalmologi (mata), pembedahan, perubatan dalaman, farmakologi dan farmasi serta pelbagai pengkhususan yang lain.Penulisan ini akan memfokuskan tentang pencapaian cemerlang dan sumbangan umat Islam dalam bidang perubatan membabitkan sekurang-kurangnya beberapa orang tokoh mengikut peringkat zaman.



Tokoh-Tokoh Perubatan Terbilang

1.         Al-Razi ( 841M - 926M ) Nama penuhnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi dikenali sebagai Razes oleh dunia Barat, dilahirkan pada tahun 865M di pekan Ray dekat Tehran, Iran.
2.         Pada mulanya beliau mempelajari muzik yang menjadi minat awalnya. Selepas itu, beliau mempelajari bidang falsafah, matematik, kimia, astronomi dan perubatan. Beliau lebih menyerlah dalam pengajian perubatan
3.         .Beliau pernah menuntut dengan Hunayn Ibn Ishaq, khususnya berkaitan perubatan dan berguru dengan ramai bekas anak murid Hunayn Ibn Ishaq, juga turut mahir dalam ilmu-ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Parsi.
4.         Beliau juga menuntut di bawah tunjuk ajar Ali Ibn Raban. Pada peringkat awalnya beliau menjadi ahli perubatan istana kepada Sultan Saleh Al-Mansur, penguasa Khorosan, kemudiannya berpindah ke Baghdad sebagai Ketua ahli perubatan Hospital Baghdad di samping sebagai doktor peribadi Khalifah dan kemudiannya mengetuai para ahli perubatan Hospital Muqtadari.
5.         beliau banyak berpindah ke banyak bandar terutamanya antara Ray dan Baghdad. Beliau mempunyai asas yang baik dalam ilmu fizik dan kimia di samping ilmu perubatan. Pengalaman beliau semasa bertugas di Hospital Muqtadari telah menjadi batu loncatan bagi beliau menumpukan minat dalam bidang perubatan..
6.         Beliau pernah menulis lebih daripada 200 buku yang diterjemahkan ke bahasa Latin, Perancis, Itali, Hebrew dan Greek. Separuh daripada jumlah tersebut adalah berkenaan perubatan manakala 21 pula berkaitan ilmu kimia.Kitab-kitab Al-Razi yang terkenal seperti Jami’ Fi Al-Tibb, Al-Mansuri, Al-Hawi, Al-Murshid, Al-Judari wa Al-Hasabah, Al-Muluki, Maaqalah fi Al- Hasat fil Kulli wa Al-Mathana, Kitab Al-Qalb, Kitab Al-Mafasil, Kitab Al-‘Ilaj Al-Ghoroba, Bar Al-Sa’ah dan At-Takhseem wa At-Takhseer.
7.         Salah satu buku utamanya ialah ‘Al-Mansuri’ sebuah kitab yang membicarakan tentang etika profesional perubatan yang didedikasikan kepada Sultan Al-Mansur. Kitab ini mengandungi 10 jilid dengan huraian panjang lebar ( treatises) dan mengandungi semua aspek kesihatan dan penyakit termasuk pengetahuan perubatan tamadun Yunani-Arab. Beberapa jilidnya diterbitkan secara berasingan di Eropah
8.         Beliau mendefinisikan perubatan sebagai, “suatu seni penjagaan kesihatan badan, dalam memerangi penyakit dan memulihkan kesihatan pesakit.” Beliau membicarakan 3 aspek perubatan iaitu kesihatan awam, perubatan pencegahan dan rawatan penyakit tertentu.
9.         Beliau menyenaraikan 7 prinsip penjagaan kesihatan, iaitu ;
 • Kesederhanaan dan Keseimbangan ketika bergerak dan rehat.
 • Kesederhanaan ketika makan dan minum.
• Pembasmian sikap berlebihan dalam perkara yang berkaitan dengan kesihatan.
 • Pembaikan dan peraturan tempat tinggal atau kediaman
• Pengelakan tabiat buruk yang berlebihan sebelum menjadi tidak terkawal
10.       Al-Razi amat terkenal kerana kejayaan beliau mengenal pasti penyakit campak (smallpox) dan perbezaannya dengan penyakit cacar air (measle). Ini dimaktubkan dalam bukunya ‘Al-Judari wa Al-Hasabah’. 




Sejarah Perubatan Islam

 Bermula dengan kaedah pengubatan sejak zaman Rasulullah dikenali sebagai perihal pengubatan nabi (Tib An-Nabawi), Bidang perubatan berkembang melalui beberapa tahap dan peringkat zaman iaitu zaman penterjemahan pada kurun ke-7 dan ke-8, zaman keemasan sekitar antara kurun ke-9 hingga kurun ke-13 dan zaman kemerosotan apabila perubatan dan cabang sains yang lain menjadi tidak giat dan menurun selepas kurun ke-13.

 Zaman penterjemahan membabitkan buku-buku perubatan dalam bahasa asing diterjemahkan ke bahasa Arab. Pemerintah Islam seperti Khalifah Al-Makmun Al-Abassi begitu komited dengan usaha penterjemahan dengan membayar emas kepada penterjemah berdasarkan berat timbangan teks penterjemahan.

Di antara penterjemah awal terkemuka ialah Jurjis Ibn Bakhtisliu, cucu lelakinya Jibril, Yuhanna Ibn Masawaya dan Hunain Ibn Ishak; sebahagian besarnya orang Kristian tetapi dihormati dan dilayan dengan baik oleh Pemerintah Islam, kemudian disusuli oleh penterjemah lain seperti Jabir Hayyan, Thabit Qurrah dan Abu Yusuf Al-Kindi. Kemudian, muncullah tokoh-tokoh perubatan Islam terbilang dalam aftalmologi (mata), pembedahan, perubatan dalaman, farmakologi dan farmasi serta pelbagai pengkhususan yang lain.Penulisan ini akan memfokuskan tentang pencapaian cemerlang dan sumbangan umat Islam dalam bidang perubatan membabitkan sekurang-kurangnya beberapa orang tokoh mengikut peringkat zaman. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada umat Islam tetapi menjangkau seluruh warga sejagat terutamanya masyarakat Barat.



ASAL USUL PERUBATAN ISLAM

Perubatan Islam muncul selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya berkembang sepanjang abad – abad ketamadunan Islam. Perubatan ini dikenali juga sebagai "Perubatan Arab" . Perubatan ini sebenarnya berkembang di bawah naungan ketamadunan Islam dan merupakan bahagian yang penting dalam sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan empayar Islam pada abad ke 8M –11M ).

Selepas itu pula akademik – akademik mula di tubuh di Samarkand ,Isfahan , dan Damsyik Kurikulumnya terdiri daripada semua displin sains dan falsafah ajaran keagamaan serta sains perubatan . Buku – buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani .

Tahun 765M , Khalifah Harun Al Rasyid ( 763 –809M )
menubuh dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad . Doktor –doktor mazhab Nestorian dan Sabaen ( pemuja bintang ,ahli falak , dan matematik di Harran Mesopotamia ) diterima dengan toleransi oleh Islam dan mereka merterjemah buku – buku teks perubatan terutamanya karya Galen. Kecenderungan umat Islam terhadap ilmu perubatan telah mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan berasaskan pengenalan yang tepat tentang gejala – gejala "disisi pesakit" Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates yang berasaskan bahawa pengalaman dan logik itu jauh lebih penting dari apa yang terdapat sebelumnya melalui cara dogmatik dan spekulasi.

Perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun Islam terbahagi kepada 3 :
          I.            Zaman penterjemahan.
        II.            Zaman keemasan atau kegemilangan.
      III.            Zaman kemerosotan.



Zaman Penterjemahan

             Penterjemahan pada ketika ini sangat penting. Ia merupakan asas perkembangan ilmu perubatan dan lain-lain. Hasil daripada penterjemahan akan dipelajari dengan mudah. Buku-buku dalam bahasa asing akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Kebanyakkan dilakukan di pusat pengajian tinggi perubatan kedoktoran. Ia berkembang dengan pesat sekali kerana mendapt galakan daripada beberapa khalifah pada ketika itu. Antaranya khalifah Al Mansur (754-775 M), al Hadi(775-786) dan Harun al Rashid. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penterjemahan ialah Jabir, Hunayn, Thabit dan al Kindi.

Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)

             Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat yang lahir pada abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan Eropah dan Asia Kecil hingga abad ke 14. Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku, malangnya hanya terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah. Antara karyanya yang sering dirujuk ialah:

a)Book of the seventy(disertasi)
b)Book of the composition of alchemy
c)Book of sun perfection
d)kitab al-Rahmah
e)Kitab tajmik
f)Book of eastern Mercury

             Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy (disertasi), Book of the composition of alchemy dan Book of sun perfection telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan telah menulis secara saintifik tentang tindak balas penurunan (reduction) serta pengkalsinan (calcinations). Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni
yang masih digunakan hingga ke hari ini.
Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)

             Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang terkenal. Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di Hirah(Iraq). Beliau telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan beliau dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh Khalifah al-Ma’mun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip Yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat menterjemahkan buku Meteria Medica, Aphorisma, Seven Books dan Synopsis yang masing-maisng ditulis oleh Dioscorides, Hippocrates, Paul A.Egina dan Oribasius. Beliau sendiri juga telah menulis 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan (questions of medicine) yang sesuai dijadikan kajian oleh penuntut oftalmologi dan perubatan.

Thabit Ibnu Qurah(838-901M)

             Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahlimatematik, astronomi, dan perubatan. Beliau telah menterjemah buku dalam bahasa Yunani dan Siriak kepada bahasa Arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen. Selain daripada terjemahan, beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu perubatan Yunani ke dalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan buku ini menyentuh tentang kebersihan, penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan measel, fraktur, dislokasi dan diet (pemakanan).

Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)

             Beliau terkenal di Eropah dengan galaran al-Kindi. Beliau anak seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah (809M). Beliau memperolehi pendidikan di Basrah dan selepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan serta guru diraja semasa pemerintahan al-Ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya meliputi pelbagai aspek bidang ilmu, dengan ini, bolehlah dikatakan beliau adalah seorang cedikiawan yang serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku. Antara bidang yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik, psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi.. Karya al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh (1966M). Antara karya beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin ialah The Books of Optics yang telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .



  

Zaman kegemilangan

              Pada zaman ini berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat dan lahirnya teori-teori baru hasil penyelidikan dan pengkajian ilmu dengan cara terpeinci dan saintifik.Karya ahli perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya.
Antara tokoh perubatan Islam pada zaman ini ialah :
          I.            Al-Razi
        II.             Ibnu Sina
      III.             Al Zahrawi
     IV.             Ali Ibnu Abas
       V.             Al-Haytham



Perkembangan Ilmu Perubatan: Sebelum dan Selepas
Kedatangan Islam

Sejarah perubatan Islam, ianya bermaksud kajian terhadap sejarah perubatan selepas kemunculan Nabi Muhammad S.A.Wdan terus berkembang di bawah naungan ketamadunan Islam.  Sistem perubatan Islam pada mula sejarahnya telah diceduk daripada pengaruh tamadun kuno. Unsur pengaruh kuno ini kebanyakannya berasal daripada ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hipocrates dan juga amalan-amalan perubatan daripada tamadun India danChina. (Ismail Saad, 1985:

1) Pengaruh-pengaruh kuno ini kemudiannya dimajukan lagi dengan disiplin
ajaran Islam dan dibentuk dalam acuan yang sejajar dengan prinsip-prinsip
Islam.

Kemajuan perubatan yang berasaskan dibina sebelum Islam berasaskan prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk daripadakonsep aliran Yunani lumpuh kira-kira dua ratus tahun sebelumHijrah. Kelumpuhan ini berpunca daripada peperangan, penyakit yang merebak danmelanda umatnya serta serang puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps lalu menyerang Itali dan meruntuhkan empayar Rom. (Ismail Saad, 1985):

1) Apabila meninjau kedudukan ilmu perubatan dalam lingkungan dunia Arab secara khusus sebelum kedatangan Islam, maka terdapat dua pandangan ahli akademik berhubung perkara ini. Ada yang perpandangan bahawa dunia Arab sebelum Islam tidak mempunyai sistem perubatannya yang saintifik dan sistematik dan ada pula sebahagian yang lain mencanggahi pandangan tersebut.

Menurut Ahmad Taha, (1992), orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam sebenarnya tidak begitu arif tentang ilmu perubatan. Sebab itu,mereka amat ketinggalan di dalam bidang ini.Boleh dikatakan asas perubatan mereka ialah mempercayai bahawa punca penyakit adalah dari semangat Roh yang jahat. Mereka sering mendapatkan rawatan daripada para sami, tukang-tukang tilik, ahli nujumdan tukang-tukang sihir.Di samping itu,mereka juga menggunakan jampi serapah dan tangkal-tangkal untuk merawat penyakit.
(AhmadTaha, 1992) cara perubatan saintifik tetapi di dalam bentuk yang mudah dan sesuai dengan keadaan dan suasana pada zaman tersebut. Antaranya ialah penggunaan al-kayy atau besi panas bagi penyakit-penyakit kronik. (MahmudMuhammadAbdAziz, t.th: 19).

Pandangan yang dikemukakan olehAhmad Taha (1992) di atas tidak
dipersetujui oleh Dr. ‘Ali Abdullah al Difa dan beliau menegaskan bahawa
kemajuan orang-orang Arab sebelum kedatangan Islam di dalam bidang
perubatan.

Seorang penulis sejarah ilmu perubatan Islam, Dr. ‘Amir al Najjar
menyetujui pendapat yang kedua ini. Beliau memberi alasan bahawa suasana
yang menyelubungi tanah Arab seperti banyaknya terdapat pokok-pokok dan
tumbuh-tumbuhan telahmenolong menjadikan mereka ke depan di dalam ilmu
perubatan. Mereka menggunakan sumber-sumber ini di dalam pengamalan
perubatan (Amir alNajjar, 1987:52).



Antara tokoh-tokoh perubatan yang terkemuka pada zaman Bani
Umayyah ialah :

i. al Hakam bin Abi al Hakam al Dimasyqi. Beliau adalah seorang
pengamal perubatan yang manah sehingga mendapat kepercayaan
Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.a untuk merawatinya
(Mu’awiyah) dan keluarganya.

ii. Isa binHakam. Beliau adalah anak kepada alHakambinAbi alHakam.

iii. Tayyazuq. Beliau adalah pengamal perubatan yang dipercayai oleh al
HajjajYusuf al Thaqafi untukmerawatnya.

iv. Abd alMalik binAbjur al Kannani. Beliau pernah merawat ‘Umar bin
Abd al ‘Aziz, salah seorang khalifah Bani Umayyah. Diriwayatkan
bahawa beliaumemeluk Islam di tangan Khalifah Umar sendiri.

v. Zainab alAwadiyyah. Beliau ialah seorangwanita yangmahir di dalam
mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mata.




PENUTUP

Sejarah mencatat bahawa pada abad ke 8M hingga abad ke 11M merupakan
zaman keemasan ilmu perubatan Islam.Dunia hakikatnyamemperakui sumbangan
negara-negara Islam terhadap pengembangan ilmu temasuk ilmu perubatan dunia
masih berterusan hingga ke abad ini. (Nakosteen, 1964: 800). Daripada apa yang telah dipaparkan oleh sejarah, ternyata tamadun Islam telah memberikan sumbangan dalam bidang perubatan. Tokoh perubatan dan hasil kerja mereka menjadi rujukan penting dan utama dalam dunia perubatan umat Islam dan Barat terutama Eropah. Rawatan yang diberi ketika itu adalah lebih kepada pengakuan dan penebusan dosa, bukan dengan cara pengubatan ilmiah dan saintifik. Ia akan terus menjadi catatan sejarah dunia dan menjadi punca kepada perubatan moden. Al-Quran dan Terjemahan. Rasid Muhamad, Matra Tamadun Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kuala Lumpur ,1996, m.s. 183-197.


LATARBELAKANG IBNU SINA

LATARBELAKANG IBNU SINA


IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul “Essai de Bibliographie Avicenna” yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.


Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu “Canon of Medicine” memuatkan pernyataan yang tegas bahawa “darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti” . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit-Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.


Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai “Medicorum Principal” atau “Raja Diraja Doktor” oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai “Raja Ubat”. Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai “Zenith“, puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi “Doktor Di Raja” iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.

Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.


Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina “ gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah.”

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :


  1. Bidang logika “Isaguji“, “The Isagoge“, ilmu logika Isagoge.
  2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
  3. Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)
  4. Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
  5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi “Liber de Mineralibus” yakni tentang pemilikan (mimeral).
  6. Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
  7. Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
  8. Cerita-cerita roman fiktif , “Risalah ath-Thayr” cerita seekor burung.
  9. Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.
Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics “psychosomatic medicine”. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak – seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai . Ini merangkumi;

  • Kuat atau denyutan yang lemah.
  • Masa antara denyutan.
  • Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina “Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah”. (Terjemahan)
Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang “Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. “Qanun Fitt Tibb” adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman “Renaissance“. Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.


Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan, dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor Islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana “zeninth” itu dimakamkan.

ASAL USUL PERUBATAN ISLAM


Perubatan Islam muncul selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya berkembang sepanjang abad – abad ketamadunan Islam itu sendiri. Kategori perubatan ini dikenali juga sebagai "Perubatan Arab" . Perubatan ini sebenarnya berkembang di bawah naungan ketamadunan Islam dan merupakan bahagian yang penting dalam sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan empayar Islam pada abad ke 8M –11M ) dan perubatan ini juga turut malap ketika matahari tamadun Islam mula terbenam dan luput dari alam ini. Sebelum kedatangan islam orang - orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Apabila mereka disatukan di bawah pemerintahan Islam mereka telah menjadi kuat . Kuasa Islam terus bertapak di tebing Sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucacus, keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan. Baghdad telah menjadi pusat pengajian yang cemerlang. Selepas itu pula akademik – akademik mula di tubuh di Samarkand ,Isfahan , dan Damsyik Kurikulumnya terdiri daripada semua displin sains dan falsafah ajaran keagamaan serta sains perubatan . Buku – buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani . Pada tahun 765M , Khalifah Harun Al Rasyid ( 763 –809M ) mula menubuh dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad . Doktor –doktor mazhab Nestorian dan Sabaen ( pemuja bintang ,ahli falak , dan matematik di Harran Mesopotamia ) diterima dengan toleransi oleh Islam dan mereka merterjemah buku – buku teks perubatan terutamanya karya Galen. Kecenderungan umat Islam terhadap ilmu perubatan telah mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan berasaskan pengenalan yang tepat tentang gejala – gejala "disisi pesakit" Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates yang berasaskan bahawa pengalaman dan logik itu jauh lebih penting dari apa yang terdapat sebelumnya melalui cara dogmatik dan spekulasi.


Perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun Islam terbahagi kepada 3 zaman yang penting, iaitu zaman penterjemahan, zaman keemasan atau kegemilangan dan zaman kemerosotan. Pada zaman kemerosotan, negara-negara Eropah mula menyerang negara-negara Islam.



Zaman Penterjemahan

         
    Penterjemahan pada ketika ini sangat penting. Ia merupakan asas perkembangan ilmu perubatan dan lain-lain. Hasil daripada penterjemahan akan dipelajari dengan mudah. Buku-buku dalam bahasa asing akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Kebanyakkan dilakukan di pusat pengajian tinggi perubatan kedoktoran. Ia berkembang dengan pesat sekali kerana mendapt galakan daripada beberapa khalifah pada ketika itu. Antaranya khalifah Al Mansur (754-775 M), al Hadi(775-786) dan Harun al Rashid. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penterjemahan ialah Jabir, Hunayn, Thabit dan al Kindi.

Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)

            
 Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat yang lahir pada abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan Eropah dan Asia Kecil hingga abad ke 14. Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku, malangnya hanya terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah. Antara karyanya yang sering dirujuk ialah:

a)Book of the seventy(disertasi)
b)Book of the composition of alchemy
c)Book of sun perfection
 
d)kitab al-Rahmah
e)Kitab tajmik
f)Book of eastern Mercury

            
 Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy (disertasi), Book of the composition of alchemy dan Book of sun perfection telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan telah menulis secara saintifik tentang tindak balas penurunan (reduction) serta pengkalsinan (calcinations). Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni
yang masih digunakan hingga ke hari ini.
Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)

            
 Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang terkenal. Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di Hirah(Iraq). Beliau telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan beliau dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh Khalifah al-Ma’mun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip Yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat menterjemahkan buku Meteria Medica, Aphorisma, Seven Books dan Synopsis yang masing-maisng ditulis oleh Dioscorides, Hippocrates, Paul A.Egina dan Oribasius. Beliau sendiri juga telah menulis 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan (questions of medicine) yang sesuai dijadikan kajian oleh penuntut oftalmologi dan perubatan.

Thabit Ibnu Qurah(838-901M)

            
 Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahlimatematik, astronomi, dan perubatan. Beliau telah menterjemah buku dalam bahasa Yunani dan Siriak kepada bahasa Arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen. Selain daripada terjemahan, beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu perubatan Yunani ke dalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan buku ini menyentuh tentang kebersihan, penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan measel, fraktur, dislokasi dan diet(pemakanan).

Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)


            
 Beliau terkenal di Eropah dengan galaran al-Kindi. Beliau anak seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah (809M). Beliau memperolehi pendidikan di Basrah dan selepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan serta guru diraja semasa pemerintahan al-Ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya meliputi pelbagai aspek bidang ilmu, dengan ini, bolehlah dikatakan beliau adalah seorang cedikiawan yang serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku. Antara bidang yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik, psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi. Tetapi kebanyakannya dipercayai telah hilang dan musnah akibat daripada serangan monggol. Karya al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh (1966M). Antara karya beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin ialah The Books of Optics yang telah mempengaruhiRoger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telahmenggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .


Zaman kegemilangan

             
 Pada zaman ini berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat dan lahirnya teori-teori baru hasil penyelidikan dan pengkajian ilmu dengan cara terpeinci dan saintifik.Karya ahli perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya. Antara tokoh perubatan Islam pada zaman ini ialah Al-Razi, Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ali Ibnu Abas, dan Al-Haytham.


TAMADUN ISLAM DALAM PERUBATAN

TAMADUN ISLAM DALAM PERUBATAN


Pada mulanya ilmu ini telah diambil dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun islam. Ilmu kuno itu berasal dari ilmu perubatan Yunani atau Hippocrates dan juga dari India dan China.Dalam sistem yang diamalkan ini tersemai pula ajaran Islam sendiri yang diamalkan oleh beberapa pakar perubatan Islam sejati seperti Ibnu Sina dan Al-Razi. Namun selepas empayar Islam yang gemilang itu mulai lesap, banyak  karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa latin pula dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem barat. Di benua kecil India sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan barat moden.

SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN UMUM

·         Sumbangan kepada oftalmologi.
Oftalmologi adalah satu bidang yang sangat terkemuka dalam perubatan Islam jika dibandingkan dengan bidang lain selain daripada farmakologi. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi adalah berasal dari orang arab. Pemikiran tradisional berhubung dengan penglihatan yang timbul dalam zaman hippcrates adalah ekoran dari teori yang menyatakan bahawa sinaran dikeluarkan oleh mata.

·         Sumbangan kepada farmokologi dan farmasi.
Dalam bidang kimia, ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa percubaan pentingnya kejutan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari mempelopori pusat pengajian farmasi. Seterusnya amalan sains farmasi dipisahkan sebagai satu profesion yang tersendiri iaitu berlainan dari profesion kedoktoran.

Dengan secara terperinci sumbangan Islam terhadap ilmu ubat-ubatan ialah:
1. Bidang farmasi.
2. Farmakologi dan Farmakoglosi.


Sumbangan perubatan Islam Dalam bidang surgeri.
Diantara pakar bedah Islam yang paling terkenal ialah Al-Zahrawi(Albucasis)(936-1013M) pengarang kitab Al-Tasrif dan Ibnu Al-Quff(1233-1286M)pengarang The Authority On Surgery atau kitab Al-Umbda. Mereka telah menggunakan berbagai jenis alat surgeri rekaan sendiri dan telah membuat deskripsi ilmu pembedan yang begitu jelas dan teliti sehinggakan karya-karya mereka telah dijadikan buku-buku teks untuk beberapa abad lamanya di Eropah. Contohnya, kauteri. Kauteri ialah proses memusnahkan tisu yang berpenyakit dengan cara membakarnya dengan besi panas ataupun kimia kaustik. walaupun pada zaman lampau kuasa elektrik belum lagi direka, namun kauteri telah digunakan dengan luasnya dengan menggunakan besi panas. Bahkan kauteri memang digunakan oleh para surgeon untuk menghentikan pendarahan semasa pembedahan.


KEMEROSOTAN PERUBATAN ISLAM
Diantara beberapa sebab yang telah membawa kepada kemerosotan perkembangan perubatan Islam ialah seperti berikut:

1. Keruntuhan empayar Islam. Baghdad, ibu kota kerajaan Abbasiyah telah musnah sama sekali akibat serangan tentera Mongol dalam tahun 1258. Beribu-ribu naskah buku dan hasil karya masyarakat Islam bersama dengan koleksi buku arab di perpustakaan telah dibakar oleh Mongol. Walaupun begitu, perubatan Islam masih menjadi asas pertumbuhan perubatan barat selama lima abad selepas ini. Keruntuhan empayar Islam tidak bermakna perkembangan ilmu perubatan Islam terhenti malahan semasa keruntuhan ini berlaku pun muncul tokoh-tokoh Islam dalam bidang kedoktoran seperti Ibnu Al-Qifti, Ibnu Abu Usaibiah, Ibnu Khallakan dan barhebraeus.


PENUTUP
Daripada beberapa faktor yang telah dibincang dan sebab-sebab lain yang tidak dapat dikawal kemajuan kedoktoran Islam telah merosot. Walaupun begitu, mesti diingatkan perubatan Islam belum menghembus nafasnya yang terakhir. Perubatan Islam terus hidup dalam bentuk asalnya dan dalam satu sistem yang masih lagi diamalkan di beberapa negeri di India. Faktor-faktor ini bersama dengan perolehan teknologi oleh orang Islam telah sekali lagi membuat orang Islam menumpu tenaga mereka ke arah memajukan kajian dan perubatan Islam.