SUMBANGAN ISLAM TERHADAP DUNIA PERUBATAN
Pengenalan Perubatan :
Ketamadunan termasuk perubatan bermula
sejak ribuan tahun yang lalu. Ia berpindah daripada satu generasi ke satu
generasi dan daripada satu negara ke satu negara yang lain.Bergantung kepada
siapa yang mengambil tanggungjawab murni ini yang kadang-kadang menyerlah dan
ada masanya ia hampir malap tetapi ia tidak pernah mati.
Ia sinonim dengan kehidupan manusia kerana
Allah menjadikan manusia dengan sifat yang lemah, ada masanya sihat dan ada kalanya
sakit.Umat Islam telah memberikan sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam
pelbagai bidang terutama daripada sudut intelektualisme serta sains dan
teknologi ketika masyarakat dunia.
Islam adalah cara hidup yang bersifat syumul
dan bukannya fahaman agama yang sempit sentiasa menyarankan umatnya membina
kehidupan yang sejahtera, selesa dan sihat selain daripada menyediakan asas,
falsafah dan hukum yang berkaitan dengan kesihatan, penjagaan kesihatan dan
pemakanan.
Sejarah Perubatan Islam Bermula dengan
kaedah pengubatan sejak zaman Rasulullah dikenali sebagai perihal pengubatan
nabi (Tib An-Nabawi), bidang perubatan berkembang melalui beberapa tahap dan
peringkat zaman iaitu zaman penterjemahan pada kurun ke-7 dan ke-8, zaman
keemasan sekitar antara kurun ke-9 hingga kurun ke-13 dan zaman kemerosotan
apabila perubatan dan cabang sains yang lain menjadi tidak giat dan menurun
selepas kurun ke-13
Zaman penterjemahan membabitkan buku-buku
perubatan dalam bahasa asing diterjemahkan ke bahasa Arab. Pemerintah Islam seperti Khalifah Al-Makmun
Al-Abassi begitu komited dengan usaha penterjemahan dengan membayar emas kepada
penterjemah berdasarkan berat timbangan teks penterjemahan.
Di antara penterjemah awal terkemuka ialah
:
I.
Jurjis Ibn Bakhtisliu, cucu lelakinya Jibril
II.
Yuhanna Ibn
Masawaya dan Hunain Ibn Ishak
III.
Jabir Hayyan,Thabit Qurrah dan Abu Yusuf Al-Kindi
Kemudian, muncullah tokoh-tokoh perubatan
Islam terbilang dalam aftalmologi (mata), pembedahan, perubatan dalaman,
farmakologi dan farmasi serta pelbagai pengkhususan yang lain.Penulisan ini
akan memfokuskan tentang pencapaian cemerlang dan sumbangan umat Islam dalam
bidang perubatan membabitkan sekurang-kurangnya beberapa orang tokoh mengikut
peringkat zaman.
Tokoh-Tokoh Perubatan Terbilang
1. Al-Razi
( 841M - 926M ) Nama penuhnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi dikenali
sebagai Razes oleh dunia Barat, dilahirkan pada tahun 865M di pekan Ray dekat
Tehran, Iran.
2. Pada
mulanya beliau mempelajari muzik yang menjadi minat awalnya. Selepas itu,
beliau mempelajari bidang falsafah, matematik, kimia, astronomi dan perubatan.
Beliau lebih menyerlah dalam pengajian perubatan
3. .Beliau
pernah menuntut dengan Hunayn Ibn Ishaq, khususnya berkaitan perubatan dan
berguru dengan ramai bekas anak murid Hunayn Ibn Ishaq, juga turut mahir dalam
ilmu-ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Parsi.
4. Beliau
juga menuntut di bawah tunjuk ajar Ali Ibn Raban. Pada peringkat awalnya beliau
menjadi ahli perubatan istana kepada Sultan Saleh Al-Mansur, penguasa Khorosan,
kemudiannya berpindah ke Baghdad sebagai Ketua ahli perubatan Hospital Baghdad
di samping sebagai doktor peribadi Khalifah dan kemudiannya mengetuai para ahli
perubatan Hospital Muqtadari.
5.
beliau banyak berpindah ke banyak bandar terutamanya antara Ray dan Baghdad.
Beliau mempunyai asas yang baik dalam ilmu fizik dan kimia di samping ilmu
perubatan. Pengalaman beliau semasa bertugas di Hospital Muqtadari telah
menjadi batu loncatan bagi beliau menumpukan minat dalam bidang perubatan..
6.
Beliau pernah menulis lebih daripada 200 buku yang diterjemahkan ke bahasa
Latin, Perancis, Itali, Hebrew dan Greek. Separuh daripada jumlah tersebut
adalah berkenaan perubatan manakala 21 pula berkaitan ilmu kimia.Kitab-kitab
Al-Razi yang terkenal seperti Jami’ Fi Al-Tibb, Al-Mansuri, Al-Hawi,
Al-Murshid, Al-Judari wa Al-Hasabah, Al-Muluki, Maaqalah fi Al- Hasat fil Kulli
wa Al-Mathana, Kitab Al-Qalb, Kitab Al-Mafasil, Kitab Al-‘Ilaj Al-Ghoroba, Bar
Al-Sa’ah dan At-Takhseem wa At-Takhseer.
7.
Salah satu buku utamanya ialah ‘Al-Mansuri’ sebuah kitab yang membicarakan
tentang etika profesional perubatan yang didedikasikan kepada Sultan Al-Mansur.
Kitab ini mengandungi 10 jilid dengan huraian panjang lebar ( treatises) dan
mengandungi semua aspek kesihatan dan penyakit termasuk pengetahuan perubatan
tamadun Yunani-Arab. Beberapa jilidnya diterbitkan secara berasingan di Eropah
8. Beliau
mendefinisikan perubatan sebagai, “suatu seni penjagaan kesihatan badan, dalam
memerangi penyakit dan memulihkan kesihatan pesakit.” Beliau membicarakan 3
aspek perubatan iaitu kesihatan awam, perubatan pencegahan dan rawatan penyakit
tertentu.
9. Beliau
menyenaraikan 7 prinsip penjagaan kesihatan, iaitu ;
•
Kesederhanaan dan Keseimbangan ketika bergerak dan rehat.
•
Kesederhanaan ketika makan dan minum.
• Pembasmian sikap berlebihan dalam perkara
yang berkaitan dengan kesihatan.
•
Pembaikan dan peraturan tempat tinggal atau kediaman
• Pengelakan tabiat buruk yang berlebihan
sebelum menjadi tidak terkawal
10.
Al-Razi amat terkenal kerana kejayaan beliau mengenal pasti penyakit campak
(smallpox) dan perbezaannya dengan penyakit cacar air (measle). Ini dimaktubkan
dalam bukunya ‘Al-Judari wa Al-Hasabah’.
Sejarah Perubatan Islam
Bermula dengan kaedah pengubatan sejak zaman
Rasulullah dikenali sebagai perihal pengubatan nabi (Tib An-Nabawi), Bidang
perubatan berkembang melalui beberapa tahap dan peringkat zaman iaitu zaman
penterjemahan pada kurun ke-7 dan ke-8, zaman keemasan sekitar antara kurun
ke-9 hingga kurun ke-13 dan zaman kemerosotan apabila perubatan dan cabang
sains yang lain menjadi tidak giat dan menurun selepas kurun ke-13.
Zaman penterjemahan membabitkan buku-buku
perubatan dalam bahasa asing diterjemahkan ke bahasa Arab. Pemerintah Islam
seperti Khalifah Al-Makmun Al-Abassi begitu komited dengan usaha penterjemahan
dengan membayar emas kepada penterjemah berdasarkan berat timbangan teks
penterjemahan.
Di antara penterjemah awal terkemuka ialah
Jurjis Ibn Bakhtisliu, cucu lelakinya Jibril, Yuhanna Ibn Masawaya dan Hunain
Ibn Ishak; sebahagian besarnya orang Kristian tetapi dihormati dan dilayan
dengan baik oleh Pemerintah Islam, kemudian disusuli oleh penterjemah lain
seperti Jabir Hayyan, Thabit Qurrah dan Abu Yusuf Al-Kindi. Kemudian, muncullah
tokoh-tokoh perubatan Islam terbilang dalam aftalmologi (mata), pembedahan,
perubatan dalaman, farmakologi dan farmasi serta pelbagai pengkhususan yang
lain.Penulisan ini akan memfokuskan tentang pencapaian cemerlang dan sumbangan
umat Islam dalam bidang perubatan membabitkan sekurang-kurangnya beberapa orang
tokoh mengikut peringkat zaman. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada umat
Islam tetapi menjangkau seluruh warga sejagat terutamanya masyarakat Barat.
ASAL USUL PERUBATAN ISLAM
Perubatan Islam muncul selepas kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya berkembang sepanjang abad – abad ketamadunan
Islam. Perubatan ini dikenali juga sebagai "Perubatan Arab" .
Perubatan ini sebenarnya berkembang di bawah naungan ketamadunan Islam dan
merupakan bahagian yang penting dalam sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan
empayar Islam pada abad ke 8M –11M ).
Selepas itu pula akademik – akademik mula
di tubuh di Samarkand ,Isfahan , dan Damsyik Kurikulumnya terdiri daripada
semua displin sains dan falsafah ajaran keagamaan serta sains perubatan . Buku
– buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan
dari bahasa Yunani .
Tahun 765M , Khalifah Harun Al Rasyid ( 763
–809M )
menubuh dan mengembangkan pusat pengajian
di Baghdad . Doktor –doktor mazhab Nestorian dan Sabaen ( pemuja bintang ,ahli
falak , dan matematik di Harran Mesopotamia ) diterima dengan toleransi oleh
Islam dan mereka merterjemah buku – buku teks perubatan terutamanya karya
Galen. Kecenderungan umat Islam terhadap ilmu perubatan telah mencipta suatu
sejarah baru dalam perkembangan perubatan berasaskan pengenalan yang tepat
tentang gejala – gejala "disisi pesakit" Dengan ini ilmu perubatan
mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates yang berasaskan
bahawa pengalaman dan logik itu jauh lebih penting dari apa yang terdapat
sebelumnya melalui cara dogmatik dan spekulasi.
Perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun
Islam terbahagi kepada 3 :
I.
Zaman penterjemahan.
II.
Zaman keemasan atau kegemilangan.
III.
Zaman kemerosotan.
Zaman Penterjemahan
Penterjemahan pada ketika ini sangat penting. Ia merupakan asas
perkembangan ilmu perubatan dan lain-lain. Hasil daripada penterjemahan akan
dipelajari dengan mudah. Buku-buku dalam bahasa asing akan diterjemahkan ke
dalam bahasa Arab. Kebanyakkan dilakukan di pusat pengajian tinggi perubatan
kedoktoran. Ia berkembang dengan pesat sekali kerana mendapt galakan daripada
beberapa khalifah pada ketika itu. Antaranya khalifah Al Mansur (754-775 M), al
Hadi(775-786) dan Harun al Rashid. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam
penterjemahan ialah Jabir, Hunayn, Thabit dan al Kindi.
Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)
Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat yang lahir
pada abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah
Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan
sains kimia dan karyanya menjadi rujukan Eropah dan Asia Kecil hingga abad ke
14. Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku, malangnya hanya
terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah. Antara karyanya yang sering dirujuk
ialah:
a)Book of the seventy(disertasi)
b)Book of the composition of alchemy
c)Book of sun perfection
d)kitab al-Rahmah
e)Kitab tajmik
f)Book of eastern Mercury
Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy (disertasi), Book of the
composition of alchemy dan Book of sun perfection telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin dan telah menulis secara saintifik tentang tindak balas penurunan
(reduction) serta pengkalsinan (calcinations). Dia juga pakar dalam cara
penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti
alkali dan antimoni
yang masih digunakan hingga ke hari ini.
Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)
Hunayn merupakan penterjemah dan
pengamal perubatan yang terkenal. Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di
Hirah(Iraq). Beliau telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah
al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan beliau dilantik
sebagai pengarah institut al-hikmah oleh Khalifah al-Ma’mun. Antara sumbangan
Hunayn ialah mengumpul manuskrip Yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta
beliau dapat menterjemahkan buku Meteria Medica, Aphorisma, Seven Books dan
Synopsis yang masing-maisng ditulis oleh Dioscorides, Hippocrates, Paul A.Egina
dan Oribasius. Beliau sendiri juga telah menulis 10 treatis mengenai mata dan
persoalan-persoalan perubatan (questions of medicine) yang sesuai dijadikan
kajian oleh penuntut oftalmologi dan perubatan.
Thabit Ibnu Qurah(838-901M)
Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahlimatematik, astronomi, dan
perubatan. Beliau telah menterjemah buku dalam bahasa Yunani dan Siriak kepada
bahasa Arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah
manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen.
Selain daripada terjemahan, beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu
perubatan Yunani ke dalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan buku ini
menyentuh tentang kebersihan, penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit,
penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan
measel, fraktur, dislokasi dan diet (pemakanan).
Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)
Beliau terkenal di Eropah dengan galaran al-Kindi. Beliau anak seorang
gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah (809M). Beliau memperolehi
pendidikan di Basrah dan selepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan
pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan serta guru diraja semasa
pemerintahan al-Ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya meliputi pelbagai aspek
bidang ilmu, dengan ini, bolehlah dikatakan beliau adalah seorang cedikiawan
yang serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku. Antara
bidang yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan,
astrologi, polemik, psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi.. Karya
al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh (1966M). Antara
karya beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin ialah The Books of Optics
yang telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah.
Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .
Zaman kegemilangan
Pada zaman ini berlakunya
perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat dan lahirnya teori-teori baru hasil
penyelidikan dan pengkajian ilmu dengan cara terpeinci dan saintifik.Karya ahli
perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk
pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya.
Antara tokoh perubatan Islam pada zaman ini
ialah :
I.
Al-Razi
II.
Ibnu Sina
III.
Al Zahrawi
IV.
Ali Ibnu Abas
V.
Al-Haytham
Perkembangan Ilmu Perubatan: Sebelum dan
Selepas
Kedatangan Islam
Sejarah perubatan Islam, ianya bermaksud
kajian terhadap sejarah perubatan selepas kemunculan Nabi Muhammad S.A.Wdan
terus berkembang di bawah naungan ketamadunan Islam. Sistem perubatan Islam pada mula sejarahnya
telah diceduk daripada pengaruh tamadun kuno. Unsur pengaruh kuno ini
kebanyakannya berasal daripada ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan
Hipocrates dan juga amalan-amalan perubatan daripada tamadun India danChina.
(Ismail Saad, 1985:
1) Pengaruh-pengaruh kuno ini kemudiannya
dimajukan lagi dengan disiplin
ajaran Islam dan dibentuk dalam acuan yang
sejajar dengan prinsip-prinsip
Islam.
Kemajuan perubatan yang berasaskan dibina
sebelum Islam berasaskan prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk
daripadakonsep aliran Yunani lumpuh kira-kira dua ratus tahun sebelumHijrah. Kelumpuhan
ini berpunca daripada peperangan, penyakit yang merebak danmelanda umatnya
serta serang puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps lalu menyerang Itali
dan meruntuhkan empayar Rom. (Ismail Saad, 1985):
1) Apabila meninjau kedudukan ilmu
perubatan dalam lingkungan dunia Arab secara khusus sebelum kedatangan Islam,
maka terdapat dua pandangan ahli akademik berhubung perkara ini. Ada yang
perpandangan bahawa dunia Arab sebelum Islam tidak mempunyai sistem
perubatannya yang saintifik dan sistematik dan ada pula sebahagian yang lain
mencanggahi pandangan tersebut.
Menurut Ahmad Taha, (1992), orang-orang
Arab sebelum kedatangan Islam sebenarnya tidak begitu arif tentang ilmu
perubatan. Sebab itu,mereka amat ketinggalan di dalam bidang ini.Boleh
dikatakan asas perubatan mereka ialah mempercayai bahawa punca penyakit adalah
dari semangat Roh yang jahat. Mereka sering mendapatkan rawatan daripada para sami, tukang-tukang tilik, ahli
nujumdan tukang-tukang sihir.Di samping itu,mereka juga menggunakan jampi
serapah dan tangkal-tangkal untuk merawat penyakit.
(AhmadTaha, 1992) cara perubatan saintifik
tetapi di dalam bentuk yang mudah dan sesuai dengan keadaan dan suasana pada
zaman tersebut. Antaranya ialah penggunaan al-kayy atau besi panas bagi
penyakit-penyakit kronik. (MahmudMuhammadAbdAziz, t.th: 19).
Pandangan yang dikemukakan olehAhmad Taha
(1992) di atas tidak
dipersetujui oleh Dr. ‘Ali Abdullah al Difa
dan beliau menegaskan bahawa
kemajuan orang-orang Arab sebelum
kedatangan Islam di dalam bidang
perubatan.
Seorang penulis sejarah ilmu perubatan
Islam, Dr. ‘Amir al Najjar
menyetujui pendapat yang kedua ini. Beliau
memberi alasan bahawa suasana
yang menyelubungi tanah Arab seperti
banyaknya terdapat pokok-pokok dan
tumbuh-tumbuhan telahmenolong menjadikan
mereka ke depan di dalam ilmu
perubatan. Mereka menggunakan sumber-sumber
ini di dalam pengamalan
perubatan (Amir alNajjar, 1987:52).
Antara tokoh-tokoh perubatan yang terkemuka
pada zaman Bani
Umayyah ialah :
i. al Hakam bin Abi al Hakam al Dimasyqi.
Beliau adalah seorang
pengamal perubatan yang manah sehingga
mendapat kepercayaan
Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.a untuk
merawatinya
(Mu’awiyah) dan keluarganya.
ii. Isa binHakam. Beliau adalah anak
kepada alHakambinAbi alHakam.
iii. Tayyazuq. Beliau adalah
pengamal perubatan yang dipercayai oleh al
HajjajYusuf al Thaqafi untukmerawatnya.
iv. Abd alMalik binAbjur al Kannani.
Beliau pernah merawat ‘Umar bin
Abd al ‘Aziz, salah seorang khalifah Bani
Umayyah. Diriwayatkan
bahawa beliaumemeluk Islam di tangan
Khalifah Umar sendiri.
v. Zainab alAwadiyyah. Beliau ialah
seorangwanita yangmahir di dalam
mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan mata.
PENUTUP
Sejarah mencatat bahawa pada abad ke 8M
hingga abad ke 11M merupakan
zaman keemasan ilmu perubatan Islam.Dunia
hakikatnyamemperakui sumbangan
negara-negara Islam terhadap pengembangan
ilmu temasuk ilmu perubatan dunia
masih berterusan hingga ke abad ini.
(Nakosteen, 1964: 800). Daripada apa yang telah dipaparkan oleh sejarah,
ternyata tamadun Islam telah memberikan sumbangan dalam bidang perubatan. Tokoh
perubatan dan hasil kerja mereka menjadi rujukan penting dan utama dalam dunia
perubatan umat Islam dan Barat terutama Eropah. Rawatan yang diberi ketika itu adalah lebih kepada
pengakuan dan penebusan dosa, bukan dengan cara pengubatan ilmiah dan
saintifik. Ia akan terus menjadi catatan sejarah dunia dan menjadi punca kepada
perubatan moden. Al-Quran dan Terjemahan. Rasid Muhamad, Matra Tamadun Islam,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kuala Lumpur ,1996, m.s. 183-197.